mmj

pink glitter heart
Get your Love You Scraps at Jhocy

Thursday, 15 December 2011

hihihi,salah org kah3

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation , dan kebetulan yang
menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?

OG : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?

Suami : Siapa ni?

OG : Saya orang gaji kat sini.

Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!

OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?

OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?

Suami : Saya suaminya.

OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?

Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?

OG : Ya, encik

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak?

Nanti saya bagi upah RM1 juta .

OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?

Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu

tembak mereka berdua.

OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?

Suami : Ya.

OG : (termenung)

Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.

OG : Baik encik... saya lakukan sekarang.

Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik

Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam

renang belakang rumah.

OG : Kolam renang yang mana?

Suami : Yang di belakang rumah!

OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!

Suami : Yeke ni?

OG : Iya!

Suami : Ni kan nombor 5097600?

OG : Bukan, encik. Sini 5907600.

Suami : Oh, sori. Salah nombor

No comments:

Post a Comment